Wednesday, 28 February 2018

Cintaku

Cintaku abang bawa pergi
Ikut rasa tak jadi apa
Meratapi pemergianmu
Aku redha abang
Abang baik
Syurga tempatmu
Halus bicara
Penyayang
Mesra
Apatah lagi dendam
Mengingatkan aku solat diawal waktu
Hidup penuh kesederhanaan
Pemaaf
Anak2 kesayanganmu
Isteri sangat abg santuni
Mak& abah kesayanganmu
Mesra dgn tetangga
Ramai insan yg menyayangimu


Sayangku
Sungguh perit dan pedih terasa,
Segala yg dibuat serba tak kena
Wajah abg ada dimana2
Alquran, buku2 agama dan motivasi,
Pengubat lara,
Anak2 dan cucu juga pengubat luka,
Abang mengajar aku solat segera,
Suara orang Azanpun rasa terdera,
Seakan terdengar suaramu
Kadang2 ku rasa abg hanya keluar seketika
Tkasih dan syukur
Anak2mu mendengar kata
Segala perkara ,28 tahun kita buat bersama
Sayang abang..lov u forever
Rindu...sentiasa..abang
Aku yang dipanggil sayang

Tuesday, 27 February 2018

Cintaku di bawa pergi.
  Harini 22 hari abg pergi. Rasanya baru smlm ianya terjadi. Hati disayat pilu. Sedih tak terkata.Anak2 penguat hidup. Tak puas hidup/bermanja dgn abg. Semalam melawat mak dan abah utk mengurangi rindu. Air mata sentiasa di tubir mata.Bila2 saja akn jatuh berderai. Abang rindunys pada gurau senda. Kadang2 seakan tak percaya. Insya Allah babg Ina akan berkabung dgn jubah hitam/ gelap selama 4bln 10 hari, malah mungkin lebih.I lov u so much abang. Abanf yg baik mengajar Ina utk memafkan semua orang, tidak berdendam dan hidup dlm bersederhana. Insya Allah jika diizinkan, Ina akan mengerjakan haji/umrah dan akan buat utk abg juga. Amanlah abang di sana.Ina yakin SYURGA milik insan sebaik abang.

Friday, 23 February 2018

Cintaku Azahar Mat Rasat
Harini , 24/2/18, genap 8 tahun ayah pergi dan 18 hari abg pergi mengadap Ilahi. Aku dan adik Abu ke pusara abg seawal pagi dan kami bersarapan bersama mak dan abah.
Abg, rindunya Allah shj yg tahu.Ina mempebanyakkan mengaji dan membaca buku2 motivasi. Semlm pihak sek.gelang terusan mengadakan majlis bacaan Yassin utk abang.
Ina gagahi jua memandu ke sekolah.Kadang2 airmata di tubir mata semasa mengajar.
Anak2 sangat baik, merekalah memberi kekuatan utk ina terus berdiri.Abang amanlah di sana.Akan

Wednesday, 14 February 2018

SURAH AR RAHMAN

Semasa abg sakit, abg suruh Ina baca Surah Ar Rahman.Insya Allah Ina akan selalu membacanya. Semakin baca, semakin terasa keindahannya.Terima kasih abang. Cintamu sentiasa mekar  di hati dan akan sentiasa wangi. 5 permata hati yg abg tinggalkan adalah harta yg tidak ternilai utk ina. Merekalah penguat utk Ina terus mengaharungi kehidupan di dunia ini.Moga abg bahagia di sans.Lov u so much.

Harini, genap 8 hari abg pergi.Rindunya pd abg. Anak2 dan cucu pengubat rindu dan member semangat. Aku , angah, along dan Aisyah ke Sban utk menguruskan khairat kematuan dari Kesatuan guru yg aku ahlinya, tiada rezeki harini, pejabat ditutup sempena cuti raya Cina.
Abg sentiasavdlm ingatan, dlm apajua yg aku lakukan.Abg suka Ina mengajikan, insya Allah Ina akan lakukan dan pastinya pahalanya Ina sedekah utk abg dan ayah. Kekadang bertanya pada diri, mimpikah semuanya ini.

Sunday, 11 February 2018

Suami Tercinta

 Aku yang abang panggil sayang,
 Abang Anugerah Terindah dalam  hidup
 Mengisi setiap ruang dlm  kehidupan selama 28 tahun.
 Teman gembira dan sentiasa  menadah bahumu bila aku  kelelahan
 Sentiasa di sisi bila aku  memerlukan
 tanpa jemu berbicara tentang  ketuhanan
 Abang segala2nya
 Abang terikasih atas segalanya
 Aku pasti abang bahagia di sana
 Abang, hari ini enam hari abg  pergi
 Kehilangan sangat terasa
 Aku redha dgn takdir ini
  Walaupun tak puas hidup  bersama
  Terima kasih,Abang tinggalkan 5
   permata hati yang sempurna,  cantik, tampan,cerdik, soleh
 Juga keluarga abang yg begitu  memahami
 Juga sahabat2 yang sentiasa  mengambil berat
 Abang damailah abang di sana



7/2/2018  Aku yg kau panggil sayang, pergi menemui penciptamu. Oh tuhan, pemergian yg tak dijangka wlaupun telah bertarung dgn demam dan kesakitan dlm tempoh 4 bulan. Abang,Azahar Mat Rasat, suami tercinta.Insan yang sangat santun pada isteri, penyayang pada anak2, begitu menyayangi, mengambil berat kpd kami, ibubapanya dan adik2nya. Abang, tuhan lebih menyayangimu. Segalagalanya kita buat bersama, abg wujud dlm setiap ruang hidup ini.Sedih dan kerinduan yg teramat. Abg suami yg baik. Aku sentiasa dipuji dan sentiasa dipandang dgn penuh kasih sayang. Bagimu Allah sentiasa di hati.Anak2 keutamaanmu, mereka dibelai dengan lembut dan penuh kasih