4/2/19
Hari ini hari ke 2, kerja2 memecah dan memasng tiles di rumah. Aku terima takdir ini, apabila tiba2 , seminggu yang lalu tile2 di ruang tamu dan ruang makan meletup , terangkat dan ada yang pecah. Pasti ada dosa2 yang aku lakukan, ampunkan aku ya Allah. Gerakkan hatiku utnuk bertaubah atas dosa2ku.
Bulan Februari, bulan kesedihan buatku. Ayah dan kekasih hati pergi di bulan ini. Suka duka dan gembira seiring di dalam diriku. Aku perlu berbuat sesuatu untuk memningkatkan amalanku untuk bersedia mengadapnya .
Aku mengajak adik balik Kg.Simpang Durian untuk menemui ibuku.Alhamdulillah ibu masih sihat, biasalah siap lauk untuk cucu dan anaknya. Kami dah sampai ketika hampir Maghrib, mak dah siapkan barang2 untuk berjualan di pasar Rabu besoknya. Kegigihana mak menyuntik semangat kami untuk berusaha dengan gigih dalam kerjaya dan keusahwanan.
Sepanjang perjalanan, memang ingatan pada abang tidak perncah padam. Teringan abang yang sering memandu membawa kami balik kampung. Rindu dengan 'bau" abang yang sentiasa harum, keringat abang wangi. Badan kekar, tampan dan sedap mata memandang. Teringat saat bertunang, member berkata , abang nak moyangkan handsome, bagi aku tersangatlah handsome. Pernah murid2 ku , Cinapun berkata, cikgu ,suami cikgu banyak handsome ma.Begitu juga dengan rakan2 guruku, memang sentiasa memuji abangku handsome. Namun tahukah mereka, antara , faktor aku memilihmu adalah kerana jalan agamamu. Abang sejalan dengan ayah, Alhamdulillah. Bila kita memilih agama, in sha Allah yang lainpu akan datang. Rezeki datang seiring dengan pertambahan anak2. Syukur, kitapun dapat hidup seperti orang lain.
Abang sentiasa ada di mana-mana,di setiap sudut/ruang rumah, pada setaip makanan yang kita suka, setiap laluan, pada setiap kali suara azan dan nyayian. Pad hari pertama Februri aku menagis pilu teringatkan abang, bila dengar lagu2 lama yang mengusik jiwa.
Begitu juga bila di rumah mak, wajah abang ada di mana2
dedengan pertambahan anak2