Wednesday, 30 January 2019

RINDU

Sayu hari ini mengingatkan saat begini abag sakit dan esok bulan  \feb, di mana 7/2 akan genaplah abang setahun abang pergi. Harini aku tidak dapat menahan tangisan merindui abang.Semuanya menyedihkan , ingatkat abang. Waktu dengar bang zohor, puas menahan airmata. Biasanya abang akan segeri mengambil wuduk bila selesai orang azan. CINTA dan rindu ini tetap membara. \aku pasrah bang, kalau mmg ini takdir  Ina. Rindu serindu rindubya.

Tuesday, 22 May 2018

23/5/18.
106 hari abang pergi.Rindu masih di hati. Harini Ina,abah,mak dan Pian,hantar adik ke Matrik Jengka, Bandar Tun Razak. Ina jadi kuat sbb Ina ada Allah.Allahlah segalagalanya.Semua dari Allah.

Tuesday, 13 March 2018

Angah terima Anugerah
15/3/2018. Angah terima anugerah. Aku setiap kalam/ laluan dgn ingatan yg tak putus buat abg. Semuanya mengingatkan kenangan manis kita dan anak2. Laluan Ina ke Oum, gi shopping raya, gi taman bunga, jemput along/angah/ateh balik, gi solat kat masjid, antar Ina gi Jpns dan sebagainya.1001 kenangan. Sayu dan penuh rindu.

Monday, 12 March 2018

1/3/2018
Harini harijadi abang yg ke 54 tahun.Sebelum suboh Ina bacakan Yassin utk abang, juga air Yassin utk abg.
Harini airmatani terlalu murah. Ina ingatjan anak2 untuk mengaji/baca Yassin utk abg. Zurina, sahabat yg sentiasa menjadi pendengar yg setia setiap cerita tentang abang. Harini Ina menangis depannya sepuas2nya. Dia tetap mendengar dan  menasihati dgn santun
Abang,
Petang, Ina dan adik ke pusara abang.Ina makan di rumak mak. Kami belikan popia dan samosa untuk mak dan abah. Abang selamat berbahagia di sana. I love u bang.
Abang,
Jumaat angah balik, harini angah balik kerja. Insya Allah, Rabu angah akan dapat anugerah dari Mb.

Friday, 9 March 2018

Ada dlm tiada

Abang,7/3 genap sebulan abg pergi. Cepatnya masa berlalu. Tiap detik wajah abg sentiasa di dlm ingatan.
Abang,
Ina yg abang panggil sayang...sentiasa merindui abang. Sekarangni, adik Abu yg temankan Ina saat keluar ke sekolah. Laluan ke sekolah juga telah berubah semenjak abg pergi.Tak sanggup ikut Purun, laluan abgi kebun, terlalu memcengkam jiwa. Oh abang, bila terdengar Azanpun, kerinduan bertambah, seolah2 terdengar suara abg yg azan.
Abang,
Semalam mak dan uda datang, sedihnya mak bercerita tentang abg. Mak seperti biasa tetap bawa sayur sawi kegemaran abang. Sayur kailan kegemaran abg juga hidup subur, dulu Ina tanam sbb abg, abg suka makan sayur. Entahlah bang, selera makan Inapun dah semakin kurang. Dulu balik sekolah seronok dan bahagianya makan sama2 abg. Semuanya kenangan indah dlm hidup.
Abang,
Harini 10/3 , Ina dan angah hantar adik gi kelas, utk ambil lesen motor di simpang Kerangai.Lepas antar adik kami ziarah pusara abang dan minum di rumah mak, bersama mak, abah, eda dan pian.
2 hari lepas, Inapun ada contact Ida surau, salah sorang org yg dekat di hati abang.Bang, moga abang bahagia di sana. Insya Allah, anak2 akan Ina jaga dan didik dengan sesebaiknya.Lov u so much sayang.

Thursday, 8 March 2018

Aku yg dipanggil sayang

Khamis,1/3 ulangtahun perkahwinan kita.Paling tidak setiap tahun akan ada makan2 bersama anak2 dan sebiji kek. Tapi utk tahunni tiada.Sepi sesepinya. Semalam 3/3, Ina dan adik Abu ke pusara abang. Kami baca Yassin dan menyirami air Yassin. Oh abang , moga abg bahagia di sana.

Wednesday, 28 February 2018

Cintaku

Cintaku abang bawa pergi
Ikut rasa tak jadi apa
Meratapi pemergianmu
Aku redha abang
Abang baik
Syurga tempatmu
Halus bicara
Penyayang
Mesra
Apatah lagi dendam
Mengingatkan aku solat diawal waktu
Hidup penuh kesederhanaan
Pemaaf
Anak2 kesayanganmu
Isteri sangat abg santuni
Mak& abah kesayanganmu
Mesra dgn tetangga
Ramai insan yg menyayangimu