Siti Jamilah bte Azahar
Dilahirkan pada 17 Disember 2001. Seorang anak yang sangat comel dan keletah. Umur setahun sudah petah bercakap. Menjadi kesayangan pada kedua-dua pelah suamiku dan keluargaku, maklumlah cucu dan anak buah yang pertama .
Seorang kanak-kanak yang bijak dan agak nakal. Dari umurnya 2 tahun huingga berusia 11 tahun, aku tidak kepasar kerana kenakalannya yang suka membeeli setiap barang dan mengangis jika tidak dapat memilikinya.
Pencapaian yang cemerlang dalam UPSR, iaitu 5A dan seterusnya Straight A dlm PMR dng muncul as the best student. Kemudian melanjutkan pelajarn ke Sek Sains Muar selama 2 tahun, iaitu form 4 dan Form 5..
Kemudian melanjutkan pelajaran diUITM Lendu, Melaka, Asasi Sains dan seterusnya dalam bidang pentadbiran Awam. Seorang ynag aktif sebagai pendebat UITM Melaka dan salah seorang AJK tertinggi dlm Majlis Perwakilan Pelajar.
Alhamduliilah pernah menjadi guru sandaran di SK Teriang sebanyak 2 kali, SMRA Kuala Klawang dan di MRSM Kuala Klawang.
Diberi laluan mudah untuk menyertai kadet PTD dan akhirnya menjadi PTD di Kem.Pendidikan di Putra Jaya.
Seorang anak yang baik dan bertanggungjawab. Sedia membantu adik2nya dan kami. Thanks Allah atas anugerah ini. Anak yang sangat manja , bertanggunjwab dan sangat mengambil berat tentang kami.
2017- 28/1- Majlis Perkhawinan puteriku , SitiJamilah dan Muhammad Jawad. Moga kalian bahgia huingga ke Jannah. Jamilah is a gifted for me n husband. Moga hidupmu dan suami dikurniakan permata-permata yang soleh dan solehah. Menjadi anak yang sentiasa mendoakan ibu dan ayah.
No comments:
Post a Comment