Thursday, 22 October 2015

DOAKU 10

Abdul Fatah:

Aku jalani hidup ini seperti biasa. Namun jiwaku tidak lagi tenteram seperti dahulu. Aku berasa sangat berdosa kepada kedua-dua isteriku. Jika Allah menjemputku saat ini, terampunkah dosa-dosaku ini. Aku melayani Ina dan puteri kami dengan baik, malah lebih baik kerana rasa bersalahku. Aku juga belajar mendekatkan diriku kepada Allah.

Pagi itu, aku mengikuti kuliah subuh di surau berdekatan rumahku. Rutin yang tak pernah aku buat sebelum ini. Aku bagaikan baru tersedar tentang hak yang wajib aku laksanakan kepada Arifah. Aku tidak berlaku adil kepadanya. Rasanya aku ingin terbang melihatnya, mengetahui tentang kehidupannya. Aku bersiap untuk ke pejabat seperti biasa, tetapi ada agenda yang aku dah rangka. Aku menalipon setiausahaku dan menyatakan aku mengambil  cuti kecemasan.


Aku memandu ke rumah Arifah, dengan mudah aku memasuki rumahnya dengan kunci pendua yang sememangnya aku ada. Aku yakin Arifah bekerja dan akan pulang lewat petang. Aku duduk di ruang tamu dan menghidupkan suis telivisyen yang ada. Masa aku rasakan bergerak begitu lambat. Aku juga sempat ke dapur membancuh milo dan merembat biskut yang ada.

Sebenarnya 'suspen" juga aku, takut juga kalau jiran-jiran Arifah datang menyerang , bila melihat ada orang datang menceroboh.

Kira-kira pukul 2.30 petang, Arifah pulang dan dengan rasa terkejut aku diperkenalkan dengan seseorang yang aku kenal.

" Fatah, kau buat apa di sini"  , tanya Cikgu Melur yang merupa sepupu Ina. Aku betul-betul terkejut bila mengetahui bahawa Arifah bekerja di tadika kepunyaan Melur. padanlah dengan muka aku yang tak ambil kisah sebelum ini. Aku terpaksa menerangkan kepada Melur, yang Arifah adalah isteri aku.

" Ina macamana ya, dia boleh terimake apa yang kau buatni?'',
" Kau kawin larike Fatah"
" Sampai hati kau, buat Ina macamni"
Melur benar-benar teperanjat, mungkin dia tidak menyangka selama ini Arifah telah bersuami dan suaminya itu adalah orang yang sangat dia kenal.

"Entahlah Melur, aku tiada kekuatan untuk memberitahunya, aku tidak mahu kehilangannya", ujarku.
"Sebenarnya, ini terjadi tanpa aku rancang, siapa yang mampu menolak takdir Allah ini Melur."

Bom akan meletup! Aku bagai pesalah yang menunggu hukuman mati ke tali gantung. Semuanya semakin rumit. Melur pulang dengan mengingatkan aku tentang keadilan dan tanggungjawab kepada kedua isteriku.
Niatku untuk mngenali Arifah dan mengetahui serba sedikit tentang dirinya, terus padam. Walaubagaimanapun Arifah tetap melayani aku dengan baik dan tiada sebarang tuntutan darinya.

Aku keluar dari rumah Arifah, dan terus memandu ke arah tujuannya. Ya Allah tolonglah hambamu ini.

No comments:

Post a Comment