Thursday, 22 October 2015

DOAKU 10

Abdul Fatah:

Aku jalani hidup ini seperti biasa. Namun jiwaku tidak lagi tenteram seperti dahulu. Aku berasa sangat berdosa kepada kedua-dua isteriku. Jika Allah menjemputku saat ini, terampunkah dosa-dosaku ini. Aku melayani Ina dan puteri kami dengan baik, malah lebih baik kerana rasa bersalahku. Aku juga belajar mendekatkan diriku kepada Allah.

Pagi itu, aku mengikuti kuliah subuh di surau berdekatan rumahku. Rutin yang tak pernah aku buat sebelum ini. Aku bagaikan baru tersedar tentang hak yang wajib aku laksanakan kepada Arifah. Aku tidak berlaku adil kepadanya. Rasanya aku ingin terbang melihatnya, mengetahui tentang kehidupannya. Aku bersiap untuk ke pejabat seperti biasa, tetapi ada agenda yang aku dah rangka. Aku menalipon setiausahaku dan menyatakan aku mengambil  cuti kecemasan.


Aku memandu ke rumah Arifah, dengan mudah aku memasuki rumahnya dengan kunci pendua yang sememangnya aku ada. Aku yakin Arifah bekerja dan akan pulang lewat petang. Aku duduk di ruang tamu dan menghidupkan suis telivisyen yang ada. Masa aku rasakan bergerak begitu lambat. Aku juga sempat ke dapur membancuh milo dan merembat biskut yang ada.

Sebenarnya 'suspen" juga aku, takut juga kalau jiran-jiran Arifah datang menyerang , bila melihat ada orang datang menceroboh.

Kira-kira pukul 2.30 petang, Arifah pulang dan dengan rasa terkejut aku diperkenalkan dengan seseorang yang aku kenal.

" Fatah, kau buat apa di sini"  , tanya Cikgu Melur yang merupa sepupu Ina. Aku betul-betul terkejut bila mengetahui bahawa Arifah bekerja di tadika kepunyaan Melur. padanlah dengan muka aku yang tak ambil kisah sebelum ini. Aku terpaksa menerangkan kepada Melur, yang Arifah adalah isteri aku.

" Ina macamana ya, dia boleh terimake apa yang kau buatni?'',
" Kau kawin larike Fatah"
" Sampai hati kau, buat Ina macamni"
Melur benar-benar teperanjat, mungkin dia tidak menyangka selama ini Arifah telah bersuami dan suaminya itu adalah orang yang sangat dia kenal.

"Entahlah Melur, aku tiada kekuatan untuk memberitahunya, aku tidak mahu kehilangannya", ujarku.
"Sebenarnya, ini terjadi tanpa aku rancang, siapa yang mampu menolak takdir Allah ini Melur."

Bom akan meletup! Aku bagai pesalah yang menunggu hukuman mati ke tali gantung. Semuanya semakin rumit. Melur pulang dengan mengingatkan aku tentang keadilan dan tanggungjawab kepada kedua isteriku.
Niatku untuk mngenali Arifah dan mengetahui serba sedikit tentang dirinya, terus padam. Walaubagaimanapun Arifah tetap melayani aku dengan baik dan tiada sebarang tuntutan darinya.

Aku keluar dari rumah Arifah, dan terus memandu ke arah tujuannya. Ya Allah tolonglah hambamu ini.

DOAKU 9

Arifah:

 Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku seseorang yang mampu melindungi aku, yang menjaga maruahku sebagai sorang isteri. Aku terima apa jua syaratnya, asalkan aku sah menjadi isterinya. Aku tidak meminta lebih ,hanya lafaz akad nikah darimu. Tapi dirimu memang seorang lelaki yang hebat, walaupun tanpa cinta, tapi belanja bulananku tidak pernah culas. Aku jaga segala permintaannya, aku tidak pernah menaliponnya atau menceritakan apa-apa tentangnya. Aku jalani hidup ini dengan tenang, biarlah aku keseorangan di rumah ini. Alhamdulillah aku telah mendapat kerja sebagai pembantu di sekolah tadika yang berhampiran. Aku bahagia dapat melayani pelbagai kaletah kanak-kanak. Aku juga cuba bercampur dengan masyarakat sekeliling, hadir pada sebarang majlis dan cuba  mendekatkan diriku dengan aktiviti surau yang diadakan.

Sebenarnya aku sangat merindui ibu dan adik-adik tiriku. Tetapi aku kuatkan hati bila mengenangkan apa yang dilakukan oleh ayah tiriku terhadapku. Pandangan matanya sangat menakutkan , sanggup mahu menikahkan aku dengan orang tua yang kaya. Geli dan loya tekakku bila mengenangkan orang tua yang berusia melebihi 60 tahun untuk menjadi suamiku. Aku bertekad melarikan diri, tanpaku sedar teksi yang aku naiki diekori oleh rakan-rakan ayah tiriku dan mereka cuba mendapatkan aku semasa teksi tersebut berhenti di sebuah hentian rehat. Mujurlah aku sempat pula menyelinap ke dalam sebuah kereta, yang mana insan tersebut akhirnya menjadi suamiku. Aku hanya mampu berdoa dan Allah maha kaya dan maha mendengar, aku ditemui seorang lelaki yang sangat baik . Aku menghormati segala permintaannya, biarlah hak aku sebagai seorang isteri banyak dinafikan, tetapi dengan penuh kesyukuran aku menerimanya, Aku tidak pernah menghubunginya tetapi dialah sesekali bertanya khabar diriku.

Ingatanku kepad Hambali, pemuda yang dulu memberi harapan untukku juga secara beransur-ansur dapat aku padamkan. Semoga dia dapat menerima takdirku yang telah menjadi milik orang. Sesekali aku bertanya khabar ibu dan adik-adik tiriku di kampung.

Aku dekati diriku dengan Allah. Aku luangkan banyak membaca buku-buku motivasi yang kebetulan dengan mudah aku dapati dari perpustakaan awam yang terletak berhampiran.

Cikgu Sri Melur yang merupakan , guru di tadikaku, ku anggap sebagai insan yang sangat baik denganku. Kami sering bercerita dan dia melayani aku sebagai adiknya. Walaubagaimanapun aku sering rasa bersalah kerana merahsiakan tentang statusku yang merupakan isteri orang. aku sebolehnya mengelak apabila Kak Melur ingin memperkenalkan aku dengan seseorang.

Apa yang selalu bermain di fikiranku ialah, rasa bersalah yang teramat terhadap isteri pertama suamiku. Aku telah merampas suaminya. Bagaimanakah persaannya apabila mengetahui status kami. Mampukah dia memaafkan suamiku yang juga merupakan suaminya. Biar Allah menentukan. Aku hanya mampu berdoa yang baik-baik sahaja.

DOAKU 8

Aku jalani kehidupan seperti biasa. Walaupun haasrakut untuk bertanya suamiku sentiasa membuak, tetapi kebaikan dan layanannya tidak berubah, malah semakin baik. Cuma sesekali aku melihatnya  termenung dan berdoa panjang di atas sejadah. Rasa marah akhirnya menjadi kesihan, aku hendak sangat mengetahui hal perkhawinannya tetapi di dalam masa yang sama aku tidak mahu dia tahu aku mengetahuinya. Macammanatu ya. Sebenarnya aku semakin rajin membaca buku-buku bercorak keagaamaan dan motivasi diri. Mencari kelemahan diri dan ilmu. Aku akhirnya boleh menerima jika aku dimadukan, bagiku hidup ini bukannya menongkat langit, semuanya akan kembali ke sana, tak perlu tamak.

Tetapi masalahnya sekarang, suamiku sendiri tak berubah dan tidak pernah bercerita. Apa terjadi dengan berita perkahwinannya. Berdosakah aku, jika suamiku tidak adil kepada isteri barunya. Masalahnya dia sendiri yang tidak bercerita. Aku cuba mencari bukti dari barang-barang milik suamiku tapi tak jumpa. Dia masih berlagak seperti biasa dan aku melayaninya juga seperti biasa. Diapun rajin berwassap dengan rakan-rakan lamnya. Sesekali dia menunjukkan wassap rakan-rakannya, yang juga diantaranya ramai yang aku kenal. Dia rajin juga membawa aku ke surau berdekatan, berjemaah Magrib dan Isyak, kemudian balik rumah menonton cerita tamil kegemarannya. Aku juga yang tertanya-tanya apa terjadi pada isteri barunya, hii kepala otakni yang sibuk, tuan punya badan cooljer. Tak keluar malam pulak Mamatni jumpa isteri mudanya, bila masa dia jumpa hah. Cepat jawab, akudah pening memikirkannya.

Sesekali aku mengikuti wassap dari group SMMB, aku banyak menghantar bentuk icon sahaja kerana cepat dan jimat, maklumlah isteri yang bekerja, bila baliktu tak cukup tangan dengan kerja-kerja rumah. Aku juga semakin rajin menghantar ucapan assalam dan selamat pagi kepada rakan groupku. Group yang sangat ceria dengan pelbagai cerita semasa dan info, aku terhibur dengan semuanya. Doaku semoga Allah terus memelihara keluargaku ini,suami,anak-anak, ibu,adik-beradik, anak-anak buah, rakan-rakan, anak-anak didik dan semua manusia sejagat. Terimalah ibadah kami, ampunkan kami dan berilah petunjuk kepada kami. Amin ya Rabb.

Wednesday, 21 October 2015

DOAKU 7

Maafkan aku, isteriku. Engkau wanita yang cukup baik dan sempurna di mataku. Tiada apa jua kelemahan atau kecacatan dirimu. Tapi aku tewas untuk menjadi sorang suami yang baik. Sebolehnya aku tidak mahu melukakan hatimu. Aku mengawininya kerana terpaksa demi menjaga maruahnya. Dia hanya mahukan aku sebagai suaminya dan akan mengalah dalam banyak hal denganmu. Aku hanya memberi syarat, hanya isteri dia atas kertas sahaja, yang lain itu adalah hakmu isteriku. Jangan risau tentang waktu, wang dan kasih sayang, rasanya tetap seperti dulu.

Aku pulang ke rumah, tak sabar aku berjumpa dengan bidadariku, mentelah lagi dengan apa yang aku telah lakukan. Aku disambut dengan baik, semuanya berjalan seperti biasa. Begitulah hari-hari yang berlalu. Aku ke tempat kerjaku dan isteriku dengan tugas hariannya di Politeknik di Nilai. Rahsia perkahwinanku tersimpan kemas dan Arifah menunaikan janjinya dengan  tidak menuntut sebarang hak. Kadang-kadang aku rasa sangat berdosa kepadanya kerana aku menafikan haknya. Oh tuhan tolonglah hambaku ini. Dalam masa yang sama aku juga tidak mahu melukai hati isteri pertamaku.

Arifah aku kahwini kerana atas rasa perikemanusiaanku, demi menyelamatkan maruahnya. Di suatu malam, sewaktu aku pulang dari tugasan di luar daerah nun jauh di utara, aku di kejutkan dengan kejadian dimana tiba-tiba seorang gadis masuk ke tempat duduk belakang keretaku yang ketika itu aku baru sahaja menghidupkan ingin  selepas singgah untuk melepaskan penat untuk pulang ke Seremban. Gadis itu menundukkan badannya dan kemudian aku lihat beberapa orang lelaki berkeliaran seperti mencari sesuatu. Aku yang dalam keadaan terkejut terus memecut kereta berlalu pergi bersama gadis itu. Itulah Arifah, sambil menangis dia mengucapkan terima kasih berulangkali kepadaku kerana menyelamatkannya. Rasa terkejut dan agak marah hilang apabila mendengar ceritanya.


Berputar ligat kepalaku , dimana pulak nak aku letakkan gadis ini. Takkan aku nak bawa balik pulak dan hari semakin malam. Aku carikan hotel di bandar Seremban untuk nya bermalam dan memberi sedikit wang  saku untuknya. Aku meminta nombor talipon bimbitnya, tanpa aku memberikan nomborku. Aku nak memastikan dia selamat dan tidak mahu pula dia mengganggu aku dan keluargaku. tapi yang pasti semuanya itu mengganggu fikiran dan tumpuan kerjaku. Sampai bila dia harus tinggal di situ.

Akhirnya selepas lima hari aku menjumpainya, aku mengambil peluang menaliponnya . Syukur dia masih ada di hotel tersebut. Dia meminta tolong aku mencarikannya sebarang kerja dan rumah sewa. Yelah pada siapa lagi dia harus meminta tolong. Akhirnya aku terpaksa menceritakan kepada salah seorang rakan rapaku di pejabat dan dia berjanji akan menyimpan rahsia dan berjanji untuk menolong aku mencari rumah sewa dan kerja untuk Arifah. Semuanya berjalan dengan baik untuk beberapa bulan, sehinggalah aku dikejutkan Arifah diserang oleh lelaki yang tidak dikenali di rumah sewanya, Dia sangat takut dan tertekan, dan tanpa aku sangka, dia menyatakan kesediaannya untuk menjadi isteriku walaupun hanya diatas kertas. Dia tidak sanggup pulang ke kampung untuk menghadapi bengis ayah tirinya yang memaksa dia berkahwin dengan orang tua . Juga sangat trauma dengan ugutan dan paksaan ayah tiri dan bersama geng-gengnya.

Akhirnya aku membuat keputusan, untuk menikahinya walaupun tanpa rasa cinta. Kami balik ke kampungya memohon restu ibu dan bapa tirinya. Walaupun bapa tirinya menolak hasrat kami, akhirnya dia akur setelah didesak oleh ibu Arifah. Aku turutkan sahaja hantaran yang tinggi yang diletakkan oleh ayah tirinya. Dengan sekali lafaz, Arifah sah menjadi isteri keduaku. Ah, bahagiake bala yang aku cari. Ya Allah permudahkan segalanya-galanya. Bila balik ke Negeri Sembilan , aku carikan rumah sewa untuknya dan dia pula berjanji tidak akan menuntut apa-apa hak dariku. Cukuplah title isteri yang disandangnya. Fine aku turutkan sahaja. Aku juga tidak mahu kebahgiaan aku dan Ina tercalar. Aku hanya menaliponnya sekali sekala dan memintanya merahsiakan perkahwianan kami.. Dia bersetuju dan ahkirnya dia bekerja sebagai pengasuh di taska yang berhampiran. Dia juga memohon dariku untuk sama terlibat dengan aktiviti-aktiviti di masjid yang berhampiran. Kadang-kadang aku dihantui rasa bersalah kepada Ina kerana menduakannya dan juga rasa bersalah kepada Arifah kerana tidak menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang suami.

Tuesday, 20 October 2015

DOAKU 6

Aku doakan yang terbaik untukmu. Apalah agaknya yang urgentu. Excited juganak tahu. Dalam group wassap kami, ada yang mengusiknya, jumpa tunang di Trengganu. Ada orang rindulahtu.

Aku sibuk dengan kuliah dan pelajarku. Aku mengajar rekabentuk bangunan , bagiku  no bad children, aku cuba mendekati mereka dengan sebaik mungkin. Jika berpeluang bertukar-tukar pandangan tentang apa jua isu dan sedaya upaya memotivasikan mereka untuk berjaya dalam kuliah dan kehidupan. Segala tingkah laku mereka adalah anugerah tuhan untuk aku menghadapinya. Syukur, aku benar-benar bersyukur kerana menjadi pendidik.

Hari ini ,Sabtu, aku hanya tinggal berdua dengan puteriku, suamiku berkursus ke Utara selama 3 hari. Kehadiran sahabatku Zana dan suami sangat mengejutkan aku. Tanpa angin, tanpa ribut mereka datang. Aku menyediakan minuman  petang dan menggoreng karipap segera untuk mereka. Kami (aku dan Zana) riuh bercerita, manakala suaminya asyik melayan anak kecil mereka. Akhirnya dengan suara yang rendah, Zana menyatakan maksud sebenar kedatangan mereka.

Bagaikan halilintar memecah bumi dan runtuhnya langit dengan berita yang disampaikan. Suami Zana juga adalah rakan sekerja suamiku. Tanpa gambar yang ditujukkan di dalam applikasi wassap aku tidak akan percaya. Suamiku bukan berkursus tetapi pergi menambah isteri. Isteri barunya menurut mereka adalah bekas kekasinya sebelum berjumpa dengan aku. Mereka baru beberapa bulan berjumpa semula dan menyambung cinta mereka semula. Ku sangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengahari. Oh tuhan beratnya dugaanmu, mampukah aku menerimanya. Dalam diam aku terkena. Bila Zana pulang bersama suaminya, aku menangis sepuas hatiku.Handset aku tutup, aku larut dalam kesedihan. Akhirnya aku mengaji dan mengadu kepada Allah.

Hari Ahad, aku membawa puteriku ke pantai Port Dikson, aku menyewa sebuah hotel, memerapkan diri dari sebarang gadjet. Petang Isnin suamiku akan pulang, mampukah aku berdepan dengannya nanti. Aku menguatkan hati untuk bertolak ke Kampus Politeknik Nilai selepas subuh, menghantar puteriku  ke rumah pengasuh dan cuba memulakan tugasku seperti biasa. Aku membuka handsetku, perpuluh-puluh miss call dan wassap dari suamiku. Juga wassap-wassap dari group yang lain. satupun tak aku hiraukan.

Aku rasa tidak sabar untuk melepaskan segala kemarahan pada suamiku. Aku cuba berlagak seperti biasa menyambut wajah kesayanganku, tidak menjadi apa yang dirancang. Suamiku berlagak seperti biasa tanpa ada sebarang perubahan. Serba salah aku dibuatnya. Aku membanyakkan mengaji, dengan cara itu jiwaku benar-benar tenteram. Bila suamiku bertanya kenapa aku tidak menjawab segala panggilannya dan tidak menjawab wassapnya, aku katakan aku sangat sibuk dengan kuliah dan tutorialku. Begitulah hari-hari yang seterusnya, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.




DOAKU 5

Ke majlis tahlil, aku merupakan orang yang pertama sampai, entahlah, ini semua penangan Ina, nama yang istemewa yang pernah menyentuh hatiku .  Aku membantu Usop menjadi menyambut tetamu dan menyediakan apa yang patut. Hatiku sentiasa berdebar. Kawan-kawan yang hadir penuh rasa gembira, terutamnya yang perempuan, tak berhenti-henti bercerita. dalam debar akhirnya aku terpandang orang yang aku rindui sekian lama, bersama suami dan puterinya. Aku merasakan debaran jantungku beserta tangan yang sejuk secara tiba-tiba. Aku beristigfar berkali-kali, ya Allah bagilah aku kekuatan untuk berdepan dengan insan ini. Kakiku tak mampu untuk bergerak, lidahku kelu, cantik dan bersihnya wajah itu. Oh tuhan ampunkan aku, kerana aku tahu dia telah menjadi milik orang. Aku insan yang lemah, aku tak mampu menghadapinya. Pelahan-lahan aku mambawa diri ke belakang, menyibukkan diri membuat apa yang patut, biarlah sidia bertemu rakan yang lain. Akhirnya aku menyelinap pergi dan sempat memberitahu Usop yang aku ada 'Urgent". Hanya Allah yang tahu ketika itu.


Siti Falina Aisyah, nama itu tiba-tiba mengisi semula ruang hatiku. Tuhan ampunkan aku, aku sedar aku bukan untuknya, sematkan di jiwaku, bahawa dia adalah sahabatku, tidak lebih dari itu. Dalam group wassap sibuk rakan-rakanku bertanya di mana dan ke mana aku telah menghilangkan diri.Tuhan aku mendokan kebahagiannya dan berilah aku petunjuk dan kekuatan untuk menjalani kehidupan ini.

Dia secara terbuka di group wassap menyatakan, ingin sangatsangat melihat aku. Apalagi rakan-rakan lain mengusik dan menyatakan ada orang rindu. Aku hanya mampu membalas ikon senyum. Sekian lama aku menutup pintu hatiku dan baru membuka kepada seorang insan yang kini bergelar tunanganku.

Doakan aku Ina, semoga dengan doaku dan doamu itu kita  bahagia di jalan kehidupan masing-masing.

DOAKU 4

Pertama kali aku melihat namanya di group wassap, akulah insan yang paling bahagia di dunia ini. Saat ini dah sekian lama aku tunggu. Siti Falina Aisyah, satu nama yang sentiasa tersisip kemas di hatiku. Dulu akulah orang yang selalu menyakatnya, sampaikan dia sangat benci kepadaku. Habis meja, kerusinya aku tuliskan namanya. Walaupun dia marah, tapi aku sangat suka melihat respod dari dia.

Dia adalah anak kepada guruku se waktu aku di sekolah rendah. Walaupun dia tak menonjolkan diri, tapi namanya 'famous', maklumlah anak guru kami dan sangat pandai di dalam kelas. Saban tahun kami akan berkunjung kerumah cikgu Abduh dan aku tak akan melepaskan peluang untuk mengintai wajah anak guruku ini, ketika itu kami berlainan sekolah. Si dia bersekolah di kampungnya, manakala bapanya mengajar di kampung bersebelahan, iaitu kampung aku.

Sehinggalah saat kami bersama di tempatkan di sekolah menengah yang sama, tapi berlainan kelas. Mestilah dia di kelas yang pertama, aku pula di kelas yang ke dua. Dia best student di dalam kelasnya. Kebanyakkan pelajar lelaki yang lain segan kepadanya. Aku mengambil peluang mengirim salam dan menyakatnya. Aku selalu mencari peluang untuk menegurnya, tapi minahni pemalu sangat, dan mukanya mula mencuka setiap kali aku mengusiknya.

Dia telah berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang di dalam PMR, dan telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah asrama penuh. Aku tinggal di sini dan mood aku telah dibawanya pergi. Alhamdulillah akhirnya aku bangkit dan sangat berharap kami akan berjumpa di universiti nanti. Alhamdulillah aku berjaya dengan cemerlang, dan aku juga yakin Ina juga cemerlang. Kebahagian aku luntur sebentar apabila mengetahi insan kesayanganku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku tetap mendoakan dia, walaupun tidak pasti.. samada kami di beri kesempatan untuk berjumpa lagi. Aku sibuk dengan kuliah dan tugasan, aku ingin memberikan yang terbaik buat ibu dan ayahku dan ingin membantu adaik-adikku. Nama Ina tenggelam di bawa angin lalu.

Tiba-tiba ia muncul semula, aku sangat berdebar bila melihatnya. Aku tidak pasti status dirinya, sementelah lagi akupun baru sahaja bertunang dengan gadis lain yang telah berjaya mencuri hatiku. Aku ucapkan salam dan welcome kepadanya di dalam group kami. Majlis tahlil kawan kami yang bakal diadakan,  menjadikan aku tidak sabar untuk menatap wajahnya, walaupun aku tahu dia telah menjadi kepunyaan orang lain.

DOAKU 3

Hari Sabtu, merupakan hari yang agak sibuk. Samada kami balik ke kg. Suamiku di Nilai Seremban, atau kgku di Jelebu bersama puteri kami yang kami yang berusia baru 2 tahun. Hari ini, kami bercadang untuk pulang ke kampungku kerana aku ingin menolong ibuku membuat persiapan kenduri kahwin adik ke tigaku yang akan berlansung hanya 3 minggu sahaja lagi.

Semasa di dalam perjalanan aku membaca wassap dari group SMMB, oh mereka meramcang untuk mengadakan majlis tahlil salah seorang rakan kami yang telah pulang ke rahmatullah beberapa bulan lepas, pada Ahad minggu depan. Majlis akan diadakan di sebuah surau di taman perumahan salah sorang rakan kami di Seremban.
Mereka mengharapkan kehadiran semua ahli group bersama pasangan masing-masing. Setiap seorang perlu memberi sedikit sumbangan melalui akaun yang tertera. Aku memberi respond insyallah akan datang bersama suami dan puteri kami.

Tiba-tiba aku mendapat pm dari Azammudin, yang mengharapkan aku datang. Aku bertanya kenapa pulak aku yang mengubahnya dulu. lantas dia membalas, selepas aku ke asrama penuh semasa mereka di tingkatan 4, dia sangat merasai kehilanganku. Dia berubah dari aktif menjadi pendiam, malas nak sekolah, malas segala-galanya. Walaupun aku selalu memberi respond yang negatif, tapi dia bahagia sangat jika dapat mengusik aku. Akhirnya dia tersedar, jika aku berjaya dia juga boleh berjaya, dia berazam untuk bersama-sama aku menjejakkan kaki ke Universiti. akhirnya dia berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang dalam SPM. Walaupu tiada sebarang maklumat tentang aku, akhirnya dia mengetahui yang aku telah terbang hingga ke Australia, baginya aku tetap sebagai membakar azamnya untuk berjaya.

Amboi syahdunya. Kalau aku tahu, aku akan cuba, contactnya dulu.... tapidah terlambat, aku sekarangnipun dah punya keluarga yang sangat bahagia. Suami yang sangat baik, understanding dan puteri yang sangat comel dan keletah.

Aku cuba merisik kisahnya dari rakan baiku Mira. Oh baruku tahu, si dia baru sahaja melansungkan pertunangan dan dijangka akan berlansung kira-kira tiga bulan sahaja lagi bersama mek Tregganu. Aku sempat menghantar icon good, senyum dan mengucapkan tahniah.

Dia membalas, kalau ada jodoh. Apalah mamatni tak confident lansung, positiflah sikit, takkan tunggu aku yang dah jadi mak orang.

Hari yang di tunggu telah tiba, seronoknya kami berjumpa, tak kering mulut bercerita disamping menjayakan majlis tahlil kawan kami. Kami sempat bergambar. Suamiku sangat sporting melayani puteri kami, dan aku sibuk bersama-sama rakanku becerita dan bergambar. Tiba-tiba aku teringat di mankah si diatu. mana batang hidungnya. Nyorok ker, malu ker nak bertentang mata dengan insan yang dia "admirer "dulu.. Rakan-rakanku juga sibuk menanya mana lagi rakan yang lain yang tak kunjung tiba. Akhirnya pengerusi majlis, Usop memberitahu bahawa Azammuddin tidak dapat hadir kerana ada "urgent".

Alamak, hilang mood aku, apadah jadi pada rakanku yang sorangni. Aku mendoakan semoga semuanya selamat. Dalam diam aku tidak dapat nafikan, dialah antara insan yang sangat aku ingin melihat wajahnya.
Bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula........

Monday, 19 October 2015

DOAKU 2

Aku leka membaca whassap dari rakan-rakanku dan membalas hanya apabila perlu. Aku gembira bertemu rakan-rakan di alam maya. Dulu kami sibuk belajar dan membawa haluan sendiri, dan aku juga sibuk di asrama dan terus menyambung belajar. kami memang jarang berjumpa dan bertanya khabar sebelum ini.

Tiba-tiba aku mendapat personal massage dari Azzammuddin, dia menulis," Ina yang merubah  saya sehingga berjaya", "kalau tak kerana Ina, saya tak akan berada di tahap ini, terima kasih Ina".

Alamak kenapa pulak aku, apa kena-mengena dengan aku. Aku bercakappun tak pernah dengannya apalagi nak bagi ceramah motivasi, Mamatni silap orang kot. Aku hanya membalas menunjukkan icon muka teperanjat dan blur.

Begitulah saban hari, Aku sibuk dengan kuliah dan tugasan pelajarku , bermula setiap hari dari pukul 8.00 pagi hinggalah ke pukul 5.00 petang. Akudah setkan dalam minda atu, waktu kerja hanya berwasap dengan rakan-rakan sekerja berhubung hal-hal kerja atau apa-apa yang penting dari group keluarga. Aku takkan buka wassap dari group lain,  Selepas aku berehat di rumah atau waktu cuti sahaja aku akan aktif memberi respond atau sebagainya.

Tapi istemewa untuk group SMMB, aku akan mengucapkan salam dan selamat setiap pagi sebelum aku memulakan  tugasku. Dan setiap hari, selepas berehat seketika di rumah, aku sangat excited untuk membuka wassap dari group SMMB. Waktu hujung minggu ataupun malam aku ada juga serba sedikit memberi respond dan pendapat.

Bagi Azammudin, dialah yang paling aktif sekali, dengan pelbagai kata nasihat, motivasi, hadis dan sebagainya. Kalau kami berwassap masuk waktu solat, dialah yang menyibuk mengingatkan kami, waktu solat tersebut.

Dari kumpulan tersebut, aku telah mengetahui, ramai juga rakan-rakan sekampung yang telah berjaya dalam
bidang masing-masing. Ada juga yang menjadi  suri rumah dan kerja kampung. Itu tak penting bagiku, yang penting ada kerja dan halal, hidup di atas landasan yang betul.
.

DOAKU 1

1

10 tahun tak berjumpa. Aku gembira sangat apabila berjumpa salah seorang rakan lama sekolahku,  di dalam seminar yang baru di adakan di Hotel Grand View, Port Diskson, semalam. Aku yang mewakili jabatankuku membentangkan salah satu topik bahayanya jerebu dan dia juga merupakan salah seorang peserta seminar tersebut.

Umi Farina, rakanku berjanji akan memasukkan namaku di dalam group whassap Sekolah Menengah Makmur Bakti bagi sessi  2005-2006. Syukur Alhamdulillah selaepas solat Isyak tadi aku telah di masukkan dan aku mengucapkan salam untuk semua.

Aku menerima banyak sapaan dari rakan-rakan yang terpisah lama dan sangat gembira.. Aku memeriksa setiap satu nama-nama yang ada dalam profil group. Alhamdulillah ada 21 sahaja nama, mana yang lain.

Debaran jantungku tidak dapatku bendung  apabila membaca sebaris nama yang sangatku rindu.Aku buka profil namanya dan excited untuk melihat gambarnya. Handsome dan smart seperti dulu. Dulu aku sangat benci kepadanya, tapi akhirnya benci, menjadi rindu dan akhirnya layu di bawa bayu setelah aku melanjutkan pelajaran di Sydney Ausrtalia.  .5 tahun di Australia dalam bidang arkitek, aku bertemu jodoh di tahun akhir dan berkahwin waktu semester akhir. Akhirnya kami pulan ke tanah air dan melamar kerja di tanah air sendiri.

Kenangan di alam persekolahn bermain di mindaku. Azammuddin antara murid lelaki yang sangat aku benci. Dia kata rambutku caintik berikat dua, esoknya aku potong pendek ramburku. Dia sentiasa mencuri pandang aku, menulis namaku besar-besar di mejanya, dan melakukan banyak perkara untuk mencuri perhatianku. Aku tak pedulikan semuanya. Aku benci, aku benci dan aku benci, Surat-surat cintanya aku tak baca , tetapi aku terus bakar. Dia mengusikku dari tingkatan satu hinggalah aku tingkatan 3. Kemudian aku ke sebuah sekolah asrama penuh, tetapi kenangan di SMMB tetap dalam kenangan, angin benci menjadi rindu, tapi apakan daya ianya kenangan dalam lipatan sejarah. Dulu aku sangat pemalu dan anti dengan murid lelaki yang banyak kerenah.

Dari Umi aku tahu, dia telah menjadi seorang usahawan yang berjaya dan selalu sponsor group untuk mengadakan pelbagai aktiviti. Dia antara orang yang sangat aktif dalam gruop wasshap SMMB 2005-2006.

Dadaku berdebar kencang bila dia juga mengucapkan khabar dan welcome kepadaku. Aku hanya membalasnya dengan ikon smile.

Azammuddin , murid yang sangat nakal. Selalu kena denda kerana tidak menyiapkan kerja rumah, kaki gaduh, melawan pengawas dan pastinya selalu dapat nombor yang agak last. Dah tahu nak mengurat anak dara orang kenapa dulu tak hendak berubah. Kalau dulu-dulu perangai baik, mesti aku terpikat awal-awal lagi.

Saturday, 1 August 2015

TIPS MENDIDIK ANAK

* Pastikan telah boleh mengaji dan mem baca semasa peringkat PRA lagi.
* Pastikan khatam Al Quran di peringkat sekolah rendah.
* Pastikan mereka membuat kerja sekolah dan pada musim peperiksaan , tv ditutup
* Pastikan hak mereka untuk bermain bersama rakan-rakan di tempat tinggal di wakrtu petang
* Malam adalah waktu belajar dan mengaji tidak untuk games dan tidak untuk tv kecuali hujung minggu  
   ataupun cuti.
* Tegurlah kesalahan mereka dengan lembut tetapi tegas dalam bab solat dan belajar
* Jadikan mereka sebagai  kawan
* Pastikan makanan mereka- halal, kurang makanan segera, kurang jajan, kurang berperasa, kurang gula
* Selalu peluk dan sayangilah mereka

Anak-anak adalah hasil didikan ibubapa, jangan salahkan orang lain jika anak tidak seperti yang kita harapkan. Terimalah segala kekurangan mereka, selalu doakan mereka .

Friday, 31 July 2015

HALAL, LAZAT, BERSIH, KELUARAN BUMIPUTRA

DI JAMIN LAZAT, BERSIH DAN HALAL



JERUK MADU

Alhamdulillah. Selama ini saya memendam perasaan sendiri apabila melihat rakan2 menikmati jeruk.  Saya hanya mampu memandang kerana tidak pasti buatan siapa. Alhamdulillah rezeki saya apabila banyak yang pasti halal di pasaran. salah satunya jeruk yang saya perolehi dari adik yang berkhawin dengan orang pantai timur. Jeruk madu, tiada atau sangat kurang bahan pengawet, sangat segar dan yang pasti kebersihan dan buatan orang islam. Dengan rasa senang hati kami sekeluarga menikmati jeruk tanpa rasa was2. 
Berminat 1kilo =  RM18 dan 1/2 kg = RM10 bayaran pos RM6.00(1/2kg) dan RM7.5(1 kg). whasapp -0172181027.

Promosi bulan Kemerdekaan, 20 orang yang pertama order  post charge hanya RM3.00 shj.


KEK CHOCOLATE KUKUS




 Home made, pasti halal, sekali rasa nak lagi. Dijamin sedap dan lazat. Yang kecil RM1.20 dan yang besar RM3.50. Boleh pm saya.

Thursday, 30 July 2015

Hari ini aku dikejutkan cerita sorang jaga yang menumpangkan anaknya tidur di pondok jaga. sedih dan terharunya aku. Allah sangat bersyukur dengan segala kurniaanmu. Berilah aku kekuatan untuk aku menitipkan sebahgian dari rezekiku kepada mereka yang memerlukan.

Kira-kira 2 minggu lepas dikelas pengajianku, pensyarah menngingatkan aku dan rakan2ku (smuanya guru2 yang menyambung pengajian) supaya kami sering memandang kehidupan jaga dan cleaner di sekolah. Jangan lupakan mereka. Mereka perlu dijaga kebajikan dan diambil tahu kehidupannya.

Begitu juga dengan anak2 muridku yang seramai 377 orgtu. Sebahagian besarnya adalah penjaga yang bekerja sendiri atau pendapatan kuran RM1000.  Rasanya tak terpandang akan kehidupan mereka, bagaimana keluarga mereka hidup di zaman yang kos serba tinggi ini.