Ke majlis tahlil, aku merupakan orang yang pertama sampai, entahlah, ini semua penangan Ina, nama yang istemewa yang pernah menyentuh hatiku . Aku membantu Usop menjadi menyambut tetamu dan menyediakan apa yang patut. Hatiku sentiasa berdebar. Kawan-kawan yang hadir penuh rasa gembira, terutamnya yang perempuan, tak berhenti-henti bercerita. dalam debar akhirnya aku terpandang orang yang aku rindui sekian lama, bersama suami dan puterinya. Aku merasakan debaran jantungku beserta tangan yang sejuk secara tiba-tiba. Aku beristigfar berkali-kali, ya Allah bagilah aku kekuatan untuk berdepan dengan insan ini. Kakiku tak mampu untuk bergerak, lidahku kelu, cantik dan bersihnya wajah itu. Oh tuhan ampunkan aku, kerana aku tahu dia telah menjadi milik orang. Aku insan yang lemah, aku tak mampu menghadapinya. Pelahan-lahan aku mambawa diri ke belakang, menyibukkan diri membuat apa yang patut, biarlah sidia bertemu rakan yang lain. Akhirnya aku menyelinap pergi dan sempat memberitahu Usop yang aku ada 'Urgent". Hanya Allah yang tahu ketika itu.
Siti Falina Aisyah, nama itu tiba-tiba mengisi semula ruang hatiku. Tuhan ampunkan aku, aku sedar aku bukan untuknya, sematkan di jiwaku, bahawa dia adalah sahabatku, tidak lebih dari itu. Dalam group wassap sibuk rakan-rakanku bertanya di mana dan ke mana aku telah menghilangkan diri.Tuhan aku mendokan kebahagiannya dan berilah aku petunjuk dan kekuatan untuk menjalani kehidupan ini.
Dia secara terbuka di group wassap menyatakan, ingin sangatsangat melihat aku. Apalagi rakan-rakan lain mengusik dan menyatakan ada orang rindu. Aku hanya mampu membalas ikon senyum. Sekian lama aku menutup pintu hatiku dan baru membuka kepada seorang insan yang kini bergelar tunanganku.
Doakan aku Ina, semoga dengan doaku dan doamu itu kita bahagia di jalan kehidupan masing-masing.
No comments:
Post a Comment