Aku jalani kehidupan seperti biasa. Walaupun haasrakut untuk bertanya suamiku sentiasa membuak, tetapi kebaikan dan layanannya tidak berubah, malah semakin baik. Cuma sesekali aku melihatnya termenung dan berdoa panjang di atas sejadah. Rasa marah akhirnya menjadi kesihan, aku hendak sangat mengetahui hal perkhawinannya tetapi di dalam masa yang sama aku tidak mahu dia tahu aku mengetahuinya. Macammanatu ya. Sebenarnya aku semakin rajin membaca buku-buku bercorak keagaamaan dan motivasi diri. Mencari kelemahan diri dan ilmu. Aku akhirnya boleh menerima jika aku dimadukan, bagiku hidup ini bukannya menongkat langit, semuanya akan kembali ke sana, tak perlu tamak.
Tetapi masalahnya sekarang, suamiku sendiri tak berubah dan tidak pernah bercerita. Apa terjadi dengan berita perkahwinannya. Berdosakah aku, jika suamiku tidak adil kepada isteri barunya. Masalahnya dia sendiri yang tidak bercerita. Aku cuba mencari bukti dari barang-barang milik suamiku tapi tak jumpa. Dia masih berlagak seperti biasa dan aku melayaninya juga seperti biasa. Diapun rajin berwassap dengan rakan-rakan lamnya. Sesekali dia menunjukkan wassap rakan-rakannya, yang juga diantaranya ramai yang aku kenal. Dia rajin juga membawa aku ke surau berdekatan, berjemaah Magrib dan Isyak, kemudian balik rumah menonton cerita tamil kegemarannya. Aku juga yang tertanya-tanya apa terjadi pada isteri barunya, hii kepala otakni yang sibuk, tuan punya badan cooljer. Tak keluar malam pulak Mamatni jumpa isteri mudanya, bila masa dia jumpa hah. Cepat jawab, akudah pening memikirkannya.
Sesekali aku mengikuti wassap dari group SMMB, aku banyak menghantar bentuk icon sahaja kerana cepat dan jimat, maklumlah isteri yang bekerja, bila baliktu tak cukup tangan dengan kerja-kerja rumah. Aku juga semakin rajin menghantar ucapan assalam dan selamat pagi kepada rakan groupku. Group yang sangat ceria dengan pelbagai cerita semasa dan info, aku terhibur dengan semuanya. Doaku semoga Allah terus memelihara keluargaku ini,suami,anak-anak, ibu,adik-beradik, anak-anak buah, rakan-rakan, anak-anak didik dan semua manusia sejagat. Terimalah ibadah kami, ampunkan kami dan berilah petunjuk kepada kami. Amin ya Rabb.
No comments:
Post a Comment