Maafkan aku, isteriku. Engkau wanita yang cukup baik dan sempurna di mataku. Tiada apa jua kelemahan atau kecacatan dirimu. Tapi aku tewas untuk menjadi sorang suami yang baik. Sebolehnya aku tidak mahu melukakan hatimu. Aku mengawininya kerana terpaksa demi menjaga maruahnya. Dia hanya mahukan aku sebagai suaminya dan akan mengalah dalam banyak hal denganmu. Aku hanya memberi syarat, hanya isteri dia atas kertas sahaja, yang lain itu adalah hakmu isteriku. Jangan risau tentang waktu, wang dan kasih sayang, rasanya tetap seperti dulu.
Aku pulang ke rumah, tak sabar aku berjumpa dengan bidadariku, mentelah lagi dengan apa yang aku telah lakukan. Aku disambut dengan baik, semuanya berjalan seperti biasa. Begitulah hari-hari yang berlalu. Aku ke tempat kerjaku dan isteriku dengan tugas hariannya di Politeknik di Nilai. Rahsia perkahwinanku tersimpan kemas dan Arifah menunaikan janjinya dengan tidak menuntut sebarang hak. Kadang-kadang aku rasa sangat berdosa kepadanya kerana aku menafikan haknya. Oh tuhan tolonglah hambaku ini. Dalam masa yang sama aku juga tidak mahu melukai hati isteri pertamaku.
Arifah aku kahwini kerana atas rasa perikemanusiaanku, demi menyelamatkan maruahnya. Di suatu malam, sewaktu aku pulang dari tugasan di luar daerah nun jauh di utara, aku di kejutkan dengan kejadian dimana tiba-tiba seorang gadis masuk ke tempat duduk belakang keretaku yang ketika itu aku baru sahaja menghidupkan ingin selepas singgah untuk melepaskan penat untuk pulang ke Seremban. Gadis itu menundukkan badannya dan kemudian aku lihat beberapa orang lelaki berkeliaran seperti mencari sesuatu. Aku yang dalam keadaan terkejut terus memecut kereta berlalu pergi bersama gadis itu. Itulah Arifah, sambil menangis dia mengucapkan terima kasih berulangkali kepadaku kerana menyelamatkannya. Rasa terkejut dan agak marah hilang apabila mendengar ceritanya.
Berputar ligat kepalaku , dimana pulak nak aku letakkan gadis ini. Takkan aku nak bawa balik pulak dan hari semakin malam. Aku carikan hotel di bandar Seremban untuk nya bermalam dan memberi sedikit wang saku untuknya. Aku meminta nombor talipon bimbitnya, tanpa aku memberikan nomborku. Aku nak memastikan dia selamat dan tidak mahu pula dia mengganggu aku dan keluargaku. tapi yang pasti semuanya itu mengganggu fikiran dan tumpuan kerjaku. Sampai bila dia harus tinggal di situ.
Akhirnya selepas lima hari aku menjumpainya, aku mengambil peluang menaliponnya . Syukur dia masih ada di hotel tersebut. Dia meminta tolong aku mencarikannya sebarang kerja dan rumah sewa. Yelah pada siapa lagi dia harus meminta tolong. Akhirnya aku terpaksa menceritakan kepada salah seorang rakan rapaku di pejabat dan dia berjanji akan menyimpan rahsia dan berjanji untuk menolong aku mencari rumah sewa dan kerja untuk Arifah. Semuanya berjalan dengan baik untuk beberapa bulan, sehinggalah aku dikejutkan Arifah diserang oleh lelaki yang tidak dikenali di rumah sewanya, Dia sangat takut dan tertekan, dan tanpa aku sangka, dia menyatakan kesediaannya untuk menjadi isteriku walaupun hanya diatas kertas. Dia tidak sanggup pulang ke kampung untuk menghadapi bengis ayah tirinya yang memaksa dia berkahwin dengan orang tua . Juga sangat trauma dengan ugutan dan paksaan ayah tiri dan bersama geng-gengnya.
Akhirnya aku membuat keputusan, untuk menikahinya walaupun tanpa rasa cinta. Kami balik ke kampungya memohon restu ibu dan bapa tirinya. Walaupun bapa tirinya menolak hasrat kami, akhirnya dia akur setelah didesak oleh ibu Arifah. Aku turutkan sahaja hantaran yang tinggi yang diletakkan oleh ayah tirinya. Dengan sekali lafaz, Arifah sah menjadi isteri keduaku. Ah, bahagiake bala yang aku cari. Ya Allah permudahkan segalanya-galanya. Bila balik ke Negeri Sembilan , aku carikan rumah sewa untuknya dan dia pula berjanji tidak akan menuntut apa-apa hak dariku. Cukuplah title isteri yang disandangnya. Fine aku turutkan sahaja. Aku juga tidak mahu kebahgiaan aku dan Ina tercalar. Aku hanya menaliponnya sekali sekala dan memintanya merahsiakan perkahwianan kami.. Dia bersetuju dan ahkirnya dia bekerja sebagai pengasuh di taska yang berhampiran. Dia juga memohon dariku untuk sama terlibat dengan aktiviti-aktiviti di masjid yang berhampiran. Kadang-kadang aku dihantui rasa bersalah kepada Ina kerana menduakannya dan juga rasa bersalah kepada Arifah kerana tidak menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang suami.
No comments:
Post a Comment