Tuesday, 20 October 2015

DOAKU 4

Pertama kali aku melihat namanya di group wassap, akulah insan yang paling bahagia di dunia ini. Saat ini dah sekian lama aku tunggu. Siti Falina Aisyah, satu nama yang sentiasa tersisip kemas di hatiku. Dulu akulah orang yang selalu menyakatnya, sampaikan dia sangat benci kepadaku. Habis meja, kerusinya aku tuliskan namanya. Walaupun dia marah, tapi aku sangat suka melihat respod dari dia.

Dia adalah anak kepada guruku se waktu aku di sekolah rendah. Walaupun dia tak menonjolkan diri, tapi namanya 'famous', maklumlah anak guru kami dan sangat pandai di dalam kelas. Saban tahun kami akan berkunjung kerumah cikgu Abduh dan aku tak akan melepaskan peluang untuk mengintai wajah anak guruku ini, ketika itu kami berlainan sekolah. Si dia bersekolah di kampungnya, manakala bapanya mengajar di kampung bersebelahan, iaitu kampung aku.

Sehinggalah saat kami bersama di tempatkan di sekolah menengah yang sama, tapi berlainan kelas. Mestilah dia di kelas yang pertama, aku pula di kelas yang ke dua. Dia best student di dalam kelasnya. Kebanyakkan pelajar lelaki yang lain segan kepadanya. Aku mengambil peluang mengirim salam dan menyakatnya. Aku selalu mencari peluang untuk menegurnya, tapi minahni pemalu sangat, dan mukanya mula mencuka setiap kali aku mengusiknya.

Dia telah berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang di dalam PMR, dan telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah asrama penuh. Aku tinggal di sini dan mood aku telah dibawanya pergi. Alhamdulillah akhirnya aku bangkit dan sangat berharap kami akan berjumpa di universiti nanti. Alhamdulillah aku berjaya dengan cemerlang, dan aku juga yakin Ina juga cemerlang. Kebahagian aku luntur sebentar apabila mengetahi insan kesayanganku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku tetap mendoakan dia, walaupun tidak pasti.. samada kami di beri kesempatan untuk berjumpa lagi. Aku sibuk dengan kuliah dan tugasan, aku ingin memberikan yang terbaik buat ibu dan ayahku dan ingin membantu adaik-adikku. Nama Ina tenggelam di bawa angin lalu.

Tiba-tiba ia muncul semula, aku sangat berdebar bila melihatnya. Aku tidak pasti status dirinya, sementelah lagi akupun baru sahaja bertunang dengan gadis lain yang telah berjaya mencuri hatiku. Aku ucapkan salam dan welcome kepadanya di dalam group kami. Majlis tahlil kawan kami yang bakal diadakan,  menjadikan aku tidak sabar untuk menatap wajahnya, walaupun aku tahu dia telah menjadi kepunyaan orang lain.

No comments:

Post a Comment