Arifah:
Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku seseorang yang mampu melindungi aku, yang menjaga maruahku sebagai sorang isteri. Aku terima apa jua syaratnya, asalkan aku sah menjadi isterinya. Aku tidak meminta lebih ,hanya lafaz akad nikah darimu. Tapi dirimu memang seorang lelaki yang hebat, walaupun tanpa cinta, tapi belanja bulananku tidak pernah culas. Aku jaga segala permintaannya, aku tidak pernah menaliponnya atau menceritakan apa-apa tentangnya. Aku jalani hidup ini dengan tenang, biarlah aku keseorangan di rumah ini. Alhamdulillah aku telah mendapat kerja sebagai pembantu di sekolah tadika yang berhampiran. Aku bahagia dapat melayani pelbagai kaletah kanak-kanak. Aku juga cuba bercampur dengan masyarakat sekeliling, hadir pada sebarang majlis dan cuba mendekatkan diriku dengan aktiviti surau yang diadakan.
Sebenarnya aku sangat merindui ibu dan adik-adik tiriku. Tetapi aku kuatkan hati bila mengenangkan apa yang dilakukan oleh ayah tiriku terhadapku. Pandangan matanya sangat menakutkan , sanggup mahu menikahkan aku dengan orang tua yang kaya. Geli dan loya tekakku bila mengenangkan orang tua yang berusia melebihi 60 tahun untuk menjadi suamiku. Aku bertekad melarikan diri, tanpaku sedar teksi yang aku naiki diekori oleh rakan-rakan ayah tiriku dan mereka cuba mendapatkan aku semasa teksi tersebut berhenti di sebuah hentian rehat. Mujurlah aku sempat pula menyelinap ke dalam sebuah kereta, yang mana insan tersebut akhirnya menjadi suamiku. Aku hanya mampu berdoa dan Allah maha kaya dan maha mendengar, aku ditemui seorang lelaki yang sangat baik . Aku menghormati segala permintaannya, biarlah hak aku sebagai seorang isteri banyak dinafikan, tetapi dengan penuh kesyukuran aku menerimanya, Aku tidak pernah menghubunginya tetapi dialah sesekali bertanya khabar diriku.
Ingatanku kepad Hambali, pemuda yang dulu memberi harapan untukku juga secara beransur-ansur dapat aku padamkan. Semoga dia dapat menerima takdirku yang telah menjadi milik orang. Sesekali aku bertanya khabar ibu dan adik-adik tiriku di kampung.
Aku dekati diriku dengan Allah. Aku luangkan banyak membaca buku-buku motivasi yang kebetulan dengan mudah aku dapati dari perpustakaan awam yang terletak berhampiran.
Cikgu Sri Melur yang merupakan , guru di tadikaku, ku anggap sebagai insan yang sangat baik denganku. Kami sering bercerita dan dia melayani aku sebagai adiknya. Walaubagaimanapun aku sering rasa bersalah kerana merahsiakan tentang statusku yang merupakan isteri orang. aku sebolehnya mengelak apabila Kak Melur ingin memperkenalkan aku dengan seseorang.
Apa yang selalu bermain di fikiranku ialah, rasa bersalah yang teramat terhadap isteri pertama suamiku. Aku telah merampas suaminya. Bagaimanakah persaannya apabila mengetahui status kami. Mampukah dia memaafkan suamiku yang juga merupakan suaminya. Biar Allah menentukan. Aku hanya mampu berdoa yang baik-baik sahaja.
No comments:
Post a Comment