1
10 tahun tak berjumpa. Aku gembira sangat apabila berjumpa salah seorang rakan lama sekolahku, di dalam seminar yang baru di adakan di Hotel Grand View, Port Diskson, semalam. Aku yang mewakili jabatankuku membentangkan salah satu topik bahayanya jerebu dan dia juga merupakan salah seorang peserta seminar tersebut.
Umi Farina, rakanku berjanji akan memasukkan namaku di dalam group whassap Sekolah Menengah Makmur Bakti bagi sessi 2005-2006. Syukur Alhamdulillah selaepas solat Isyak tadi aku telah di masukkan dan aku mengucapkan salam untuk semua.
Aku menerima banyak sapaan dari rakan-rakan yang terpisah lama dan sangat gembira.. Aku memeriksa setiap satu nama-nama yang ada dalam profil group. Alhamdulillah ada 21 sahaja nama, mana yang lain.
Debaran jantungku tidak dapatku bendung apabila membaca sebaris nama yang sangatku rindu.Aku buka profil namanya dan excited untuk melihat gambarnya. Handsome dan smart seperti dulu. Dulu aku sangat benci kepadanya, tapi akhirnya benci, menjadi rindu dan akhirnya layu di bawa bayu setelah aku melanjutkan pelajaran di Sydney Ausrtalia. .5 tahun di Australia dalam bidang arkitek, aku bertemu jodoh di tahun akhir dan berkahwin waktu semester akhir. Akhirnya kami pulan ke tanah air dan melamar kerja di tanah air sendiri.
Kenangan di alam persekolahn bermain di mindaku. Azammuddin antara murid lelaki yang sangat aku benci. Dia kata rambutku caintik berikat dua, esoknya aku potong pendek ramburku. Dia sentiasa mencuri pandang aku, menulis namaku besar-besar di mejanya, dan melakukan banyak perkara untuk mencuri perhatianku. Aku tak pedulikan semuanya. Aku benci, aku benci dan aku benci, Surat-surat cintanya aku tak baca , tetapi aku terus bakar. Dia mengusikku dari tingkatan satu hinggalah aku tingkatan 3. Kemudian aku ke sebuah sekolah asrama penuh, tetapi kenangan di SMMB tetap dalam kenangan, angin benci menjadi rindu, tapi apakan daya ianya kenangan dalam lipatan sejarah. Dulu aku sangat pemalu dan anti dengan murid lelaki yang banyak kerenah.
Dari Umi aku tahu, dia telah menjadi seorang usahawan yang berjaya dan selalu sponsor group untuk mengadakan pelbagai aktiviti. Dia antara orang yang sangat aktif dalam gruop wasshap SMMB 2005-2006.
Dadaku berdebar kencang bila dia juga mengucapkan khabar dan welcome kepadaku. Aku hanya membalasnya dengan ikon smile.
Azammuddin , murid yang sangat nakal. Selalu kena denda kerana tidak menyiapkan kerja rumah, kaki gaduh, melawan pengawas dan pastinya selalu dapat nombor yang agak last. Dah tahu nak mengurat anak dara orang kenapa dulu tak hendak berubah. Kalau dulu-dulu perangai baik, mesti aku terpikat awal-awal lagi.
No comments:
Post a Comment