Tuesday, 20 October 2015

DOAKU 6

Aku doakan yang terbaik untukmu. Apalah agaknya yang urgentu. Excited juganak tahu. Dalam group wassap kami, ada yang mengusiknya, jumpa tunang di Trengganu. Ada orang rindulahtu.

Aku sibuk dengan kuliah dan pelajarku. Aku mengajar rekabentuk bangunan , bagiku  no bad children, aku cuba mendekati mereka dengan sebaik mungkin. Jika berpeluang bertukar-tukar pandangan tentang apa jua isu dan sedaya upaya memotivasikan mereka untuk berjaya dalam kuliah dan kehidupan. Segala tingkah laku mereka adalah anugerah tuhan untuk aku menghadapinya. Syukur, aku benar-benar bersyukur kerana menjadi pendidik.

Hari ini ,Sabtu, aku hanya tinggal berdua dengan puteriku, suamiku berkursus ke Utara selama 3 hari. Kehadiran sahabatku Zana dan suami sangat mengejutkan aku. Tanpa angin, tanpa ribut mereka datang. Aku menyediakan minuman  petang dan menggoreng karipap segera untuk mereka. Kami (aku dan Zana) riuh bercerita, manakala suaminya asyik melayan anak kecil mereka. Akhirnya dengan suara yang rendah, Zana menyatakan maksud sebenar kedatangan mereka.

Bagaikan halilintar memecah bumi dan runtuhnya langit dengan berita yang disampaikan. Suami Zana juga adalah rakan sekerja suamiku. Tanpa gambar yang ditujukkan di dalam applikasi wassap aku tidak akan percaya. Suamiku bukan berkursus tetapi pergi menambah isteri. Isteri barunya menurut mereka adalah bekas kekasinya sebelum berjumpa dengan aku. Mereka baru beberapa bulan berjumpa semula dan menyambung cinta mereka semula. Ku sangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengahari. Oh tuhan beratnya dugaanmu, mampukah aku menerimanya. Dalam diam aku terkena. Bila Zana pulang bersama suaminya, aku menangis sepuas hatiku.Handset aku tutup, aku larut dalam kesedihan. Akhirnya aku mengaji dan mengadu kepada Allah.

Hari Ahad, aku membawa puteriku ke pantai Port Dikson, aku menyewa sebuah hotel, memerapkan diri dari sebarang gadjet. Petang Isnin suamiku akan pulang, mampukah aku berdepan dengannya nanti. Aku menguatkan hati untuk bertolak ke Kampus Politeknik Nilai selepas subuh, menghantar puteriku  ke rumah pengasuh dan cuba memulakan tugasku seperti biasa. Aku membuka handsetku, perpuluh-puluh miss call dan wassap dari suamiku. Juga wassap-wassap dari group yang lain. satupun tak aku hiraukan.

Aku rasa tidak sabar untuk melepaskan segala kemarahan pada suamiku. Aku cuba berlagak seperti biasa menyambut wajah kesayanganku, tidak menjadi apa yang dirancang. Suamiku berlagak seperti biasa tanpa ada sebarang perubahan. Serba salah aku dibuatnya. Aku membanyakkan mengaji, dengan cara itu jiwaku benar-benar tenteram. Bila suamiku bertanya kenapa aku tidak menjawab segala panggilannya dan tidak menjawab wassapnya, aku katakan aku sangat sibuk dengan kuliah dan tutorialku. Begitulah hari-hari yang seterusnya, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.




No comments:

Post a Comment