Hari Sabtu, merupakan hari yang agak sibuk. Samada kami balik ke kg. Suamiku di Nilai Seremban, atau kgku di Jelebu bersama puteri kami yang kami yang berusia baru 2 tahun. Hari ini, kami bercadang untuk pulang ke kampungku kerana aku ingin menolong ibuku membuat persiapan kenduri kahwin adik ke tigaku yang akan berlansung hanya 3 minggu sahaja lagi.
Semasa di dalam perjalanan aku membaca wassap dari group SMMB, oh mereka meramcang untuk mengadakan majlis tahlil salah seorang rakan kami yang telah pulang ke rahmatullah beberapa bulan lepas, pada Ahad minggu depan. Majlis akan diadakan di sebuah surau di taman perumahan salah sorang rakan kami di Seremban.
Mereka mengharapkan kehadiran semua ahli group bersama pasangan masing-masing. Setiap seorang perlu memberi sedikit sumbangan melalui akaun yang tertera. Aku memberi respond insyallah akan datang bersama suami dan puteri kami.
Tiba-tiba aku mendapat pm dari Azammudin, yang mengharapkan aku datang. Aku bertanya kenapa pulak aku yang mengubahnya dulu. lantas dia membalas, selepas aku ke asrama penuh semasa mereka di tingkatan 4, dia sangat merasai kehilanganku. Dia berubah dari aktif menjadi pendiam, malas nak sekolah, malas segala-galanya. Walaupun aku selalu memberi respond yang negatif, tapi dia bahagia sangat jika dapat mengusik aku. Akhirnya dia tersedar, jika aku berjaya dia juga boleh berjaya, dia berazam untuk bersama-sama aku menjejakkan kaki ke Universiti. akhirnya dia berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang dalam SPM. Walaupu tiada sebarang maklumat tentang aku, akhirnya dia mengetahui yang aku telah terbang hingga ke Australia, baginya aku tetap sebagai membakar azamnya untuk berjaya.
Amboi syahdunya. Kalau aku tahu, aku akan cuba, contactnya dulu.... tapidah terlambat, aku sekarangnipun dah punya keluarga yang sangat bahagia. Suami yang sangat baik, understanding dan puteri yang sangat comel dan keletah.
Aku cuba merisik kisahnya dari rakan baiku Mira. Oh baruku tahu, si dia baru sahaja melansungkan pertunangan dan dijangka akan berlansung kira-kira tiga bulan sahaja lagi bersama mek Tregganu. Aku sempat menghantar icon good, senyum dan mengucapkan tahniah.
Dia membalas, kalau ada jodoh. Apalah mamatni tak confident lansung, positiflah sikit, takkan tunggu aku yang dah jadi mak orang.
Hari yang di tunggu telah tiba, seronoknya kami berjumpa, tak kering mulut bercerita disamping menjayakan majlis tahlil kawan kami. Kami sempat bergambar. Suamiku sangat sporting melayani puteri kami, dan aku sibuk bersama-sama rakanku becerita dan bergambar. Tiba-tiba aku teringat di mankah si diatu. mana batang hidungnya. Nyorok ker, malu ker nak bertentang mata dengan insan yang dia "admirer "dulu.. Rakan-rakanku juga sibuk menanya mana lagi rakan yang lain yang tak kunjung tiba. Akhirnya pengerusi majlis, Usop memberitahu bahawa Azammuddin tidak dapat hadir kerana ada "urgent".
Alamak, hilang mood aku, apadah jadi pada rakanku yang sorangni. Aku mendoakan semoga semuanya selamat. Dalam diam aku tidak dapat nafikan, dialah antara insan yang sangat aku ingin melihat wajahnya.
Bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula........
No comments:
Post a Comment