Monday, 19 October 2015

DOAKU 2

Aku leka membaca whassap dari rakan-rakanku dan membalas hanya apabila perlu. Aku gembira bertemu rakan-rakan di alam maya. Dulu kami sibuk belajar dan membawa haluan sendiri, dan aku juga sibuk di asrama dan terus menyambung belajar. kami memang jarang berjumpa dan bertanya khabar sebelum ini.

Tiba-tiba aku mendapat personal massage dari Azzammuddin, dia menulis," Ina yang merubah  saya sehingga berjaya", "kalau tak kerana Ina, saya tak akan berada di tahap ini, terima kasih Ina".

Alamak kenapa pulak aku, apa kena-mengena dengan aku. Aku bercakappun tak pernah dengannya apalagi nak bagi ceramah motivasi, Mamatni silap orang kot. Aku hanya membalas menunjukkan icon muka teperanjat dan blur.

Begitulah saban hari, Aku sibuk dengan kuliah dan tugasan pelajarku , bermula setiap hari dari pukul 8.00 pagi hinggalah ke pukul 5.00 petang. Akudah setkan dalam minda atu, waktu kerja hanya berwasap dengan rakan-rakan sekerja berhubung hal-hal kerja atau apa-apa yang penting dari group keluarga. Aku takkan buka wassap dari group lain,  Selepas aku berehat di rumah atau waktu cuti sahaja aku akan aktif memberi respond atau sebagainya.

Tapi istemewa untuk group SMMB, aku akan mengucapkan salam dan selamat setiap pagi sebelum aku memulakan  tugasku. Dan setiap hari, selepas berehat seketika di rumah, aku sangat excited untuk membuka wassap dari group SMMB. Waktu hujung minggu ataupun malam aku ada juga serba sedikit memberi respond dan pendapat.

Bagi Azammudin, dialah yang paling aktif sekali, dengan pelbagai kata nasihat, motivasi, hadis dan sebagainya. Kalau kami berwassap masuk waktu solat, dialah yang menyibuk mengingatkan kami, waktu solat tersebut.

Dari kumpulan tersebut, aku telah mengetahui, ramai juga rakan-rakan sekampung yang telah berjaya dalam
bidang masing-masing. Ada juga yang menjadi  suri rumah dan kerja kampung. Itu tak penting bagiku, yang penting ada kerja dan halal, hidup di atas landasan yang betul.
.

No comments:

Post a Comment